كيف حالكم؟
كيف رمضان؟
alhamdulillah hamba Allah yang kerdil ini dapat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' mesir pada 14 jun hingga 16 julai yang lalu.. dengan misi untuk belajar bahasa arab, tapi bukan setakat dapat belajar bahasa arab sahaja, dapat belajar ilmu mawarith atau ilmu faraid, dan dapat memperbaiki bacaan al-quran dengan syeikh yang bersanad dari rasulullah.. ramai yang bertanya apa perasaan ketika ke sana? nak pergi lg x? soalan yang x mampu di jawab dengan spontan.. macam2 ada kat sana..firaun ada..nabi2 Allah pun ada..sahabat2 rasulullah..para wali..dengan rusuhan yang berlaku.. semasa berada di sana, saya hanya berada di kawsn kaherah sahaja kerana tidak mempunyai waktu untuk ziarh ke kwsn lain dan disebabkn juga oleh rusuhan yg berlaku..hanya sempat ke shoubra, membeli kristal di asfour..
ini sebahagian gambar semasa di sana..
hari pertama..tengok piramid di gyza.. ada 3 piramid yang besar..piramid yg besar untuk lelaki..piramid yg kecil2 untuk isteri dan cucu2..
gambar ini bertarikh 15.6.. masjid mohamed ali, yang terletak di kubu salahudin al-ayubi.. masjid ni macam aya sophia (betul ke ejaan ni) di turki..sebab orang yang mengarahkn pembinaan masjid ini datang dari turki..
16.6.2013..ziarah makam.. ini makam saidina hussin..dikatakan disini hanya ada kepalanya sahaja, manakala badannya berada di Karbala..wallahua'lam.. makam ini berada dalam masjid saidina hussin..
ini luaran masjid saidina hussin..dekat kwsn ni ada suq(pasar) hussin..ada jual jubah lelaki, abaya, barangan cenderahati, dan mcm2 lagi..tapi ayam, itik x jual kat sini ok..nama ja pasar..
masjid al-azhar..terletak seberang jalan dengan masjid saidina hussin..
dan ini makam saiyyidah rabiatul adawiyah..
ini gambar dalam kelas..
ini adalah masjid amru al-as..masjid pertama di afrika dan mempunyai tiang yang terbanyak iaitu sebanyak 350 tiang..
kata musyrif yang membawa kami ketika ziarah makam..tanda2 akhir zaman, org ramai lebih suka ziarah piramid daripada makam para wali.. nak masuk kawasan piramid kena bayar 30 genih@pounds..dan kawasn piramid di jaga rapi sedangkn makam para wali tidak terjaga..ada sebahagian kwsn makam yang hampir runtuh.. tapi ada juga makam yang di jaga dan penjaganya sangat pemurah dengan doa..
markaz nil..tempat belajar bahasa arab..terletak di hayyu sabi'..manakala rumah dekat hayyu 'ashir..
ini tempat belajar ilmu mawarith dan ilmu nahu..di ajar oleh pelajar indonesia yg beljr di univ. alazhar dan darul ifta' mesir.. ilmu mawarith bukan sahaja perlu di pelajari oleh pljr kuliyh syariah tpi pljr kuliyh lain jga perlu mempelajarinya..dan bljr ilmu mawarith merupakan fardhu kifayah..
ada byk lagi gmbr..nak tgk ke gmbr2 yg lain?
moga ini memberi berkah kepada kita semua..
selamat berpuasa..
No comments:
Post a Comment